Saturday, 22 August 2015

PENDIDIKAN ISLAM

PERANCANGAN STRATEGIK
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2015 - 2019

1.  MUKADDIMAH
Rancangan Jangka panjang tahun 2015 adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi serta penghayatan murid-murid beragama islam terhadap penghayatan Pendidikan Islam ketika mereka berada di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Pelbagai program telah dirancang untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid beragama Islam di sekolah ini khususnya bagi meninngkatkan mutu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam KSSR

Pihak sekolah dan PIBG sentiasa membantu dan berganding bahu bersama Panitia Pendidikan Islam dalam memartabatkan mutu Pendidikan Islam di sekolah ini khususnya dalam menjayakan program-program yang telah dirancang.


2.   ANALISA PERSEKITARAN
SK Sri Kiambang terdiri daripada 1148 orang murid berbilang bangsa. 99% adalah merupakan murid berbangsa Melayu beragama Islam dan 1% adalah bukan Melayu iaitu berbangsa siam. Kebanyakkan murid menetap di sekitar kawasan berhampiran sekolah. Namun begitu kebanyakan murid adalah datang daripada keluarga yang berpendapatan dan berpendidikan sederhana dan rendah.


3.   MATLAMAT
Pendidikan Islam Sekolah Rendah merupakan pendidikan awal untuk meneruskan fardu ain berteraskan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam dengan memberi tumpuan untuk melahirkan insan yang seimbang, berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan beramal soleh sebagai hamba Allah yang bertaqwa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.


4.   OBJEKTIF

Selain daripada tanggungjawab dan amanat untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada semua pelajar yang beragama Islam, Panitia Pendidikan Islam juga mempunyai objektif antaranya ialah :

  1. Meningkatkan kemahiran membaca, menghafaz serta memahami dan menghayati pengajaran dari surah-surah tertentu.
  2. Meningkatkan dan mencapai sasaran peratus kelulusan murid seperti yang telah ditetapkan.
  3. Mengenalpasti masalah/ kelemahan dan mengatur strategi berkesan untuk mengatasinya.
  4. Meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran serta penguasaan dari segi pengetahuan dan kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab.
  5. Murid dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian.


5.    VISI SKSK
Menjadikan SK Sri Kiambang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua bidang pendidikan


6.    MISI SKSK
~    Berazam memberi pendidikan yang berkualiti, berinovasi dan berkesan dalam semua aspek.
~    Menyediakan persekitaran yang kondusif, kreatif dan selamat serta sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
~    Mengamalkan pengurusan dan pentadbiran yang telus, mesra dan segera serta berkualiti dengan berkonsepkan pemuafakatan penentu kejayaan.


7.   MOTO SKSK
Komited Menjana Kegemilangan


8.    SLOGAN SKSK
           “SKSK COMMITTED TOWARDS EXCELLENCE”


9.      VISI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM:
Melahiran murid yang :
  • Berilmu pengetahuan
  • Beriman
  • Beramal soleh
  • Berakhlak mulia
  • Bertanggungjawab
  • Berketerampilan
  • Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
  • Memberikan sumbangan positif terhadap kemakmuran masyarakat dan negara.


10.   MISI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
  • Membentuk insan yang berilmu, beriman dan beramal.
  • Mewujudkan hubungan yang rapat antara pelajar, guru dan ibubapa.


11.   MOTO  PANITIA PENDIDIKAN ISLAM:
  • Berilmu
  • Beriman
  • Beramal



12.     JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2015

Penasihat                 :  Tn Hj. Dasuki bin Che Harun
                                                   (Guru Besar)

Pengerusi                 :  En. Azuha bin Abdul Ghani
                                                   (PK Pentadbiran)

Ketua Panitia           :  Pn. Aslamiah Che Din    

Setiausaha               :  Pn. Suhaila Mamat

Ahli jawatankuasa  :        Pn. Rosiah Husin
Pn. Asiah Yahya
En. Abdul Aziz Abd. Rahman
Pn. Wan Ruziah Wan Mahmood
Pn. Roziyani Mat Daud
Pn. Nik Nur Asyikin Nik Yahya
Cik Noor Liyana Abd. Patah
Pn. Normayuzee Mohamad
Pn. Norizan Mat Daud
Cik Zaiton Mat Jenan
Pn. Roslinawani Ibrahim
Pn. Aminah Kamaliah Yusof
En. Azaman Ibrahim
Pn. Hasnah Zakaria
Pn. Wan Esah Wan Ali
 Pn. Kamaliah Mahmood
Pn. Fadzilah Abd. Ghani
 Pn. Siti Kupuan Mat Noor
Pn. Kholijah Ahmad
En. Ahmad Mokhtar


Friday, 7 August 2015

KEM KECEMERLANGAN UPSR PELAJAR CEMERLANG






Acara urusetia Ikan bakar Pachakan Kuala Besut...Terima kasih daun keladi Cikgu Abdullah..pengetua Smk Teknik Kuala Besut..

Tuesday, 4 August 2015

Monday, 3 August 2015

GURU DAN STAFF



KEBITARAAN

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KIAMBANG
17070 PASIR MAS. KELANTAN

BIDANG KEBITARAAN : MATEMATIK

1.0  RINGKASAN EKSEKUTIF
Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang merupakan sekolah luar bandar dengan ekonomi muridnya adalah dari golongan yang mempunyai taraf sosio ekonomi di tahap sederhana dan rendah. Walau bagaimanapun sekolah  ini sudah lama mempunyai sejarah kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutama bidang akademik. Senario  ini menjadi tarikan kepada golongan ibu bapa untuk menghantar anak mereka bersekolah di sekolah ini.
Beberapa kejayaan telah diraih oleh sekolah ini terutama di peringkat negeri dan daerah. Antaranya ialah Anugerah Bai’ah 5 kali berturut-turut dari 2010 hingga 2014, sekolah kedua terbaik peringkat negeri Kelantan dalam kategori bilangan 5A pada tahun 2011, Anugerah Puncak Sinar Wawasan 2012 peringkat PPD Pasir Mas,  dan Anugerah Pra 5 Bintang Negeri Kelantan .
Dalam usaha mempertingkatkan lagi kecemerlangan akademik bagi merealisasikan visi sekolah menjadi terbaik dalam UPSR bagi negeri Kelantan , prestasi mata pelajaran Matematik perlu dipertingkatkan lagi untuk membantu sekolah meningkatkan pencapaian Gred Purata Sekolah, bilangan 5A dan peratus am.  Pencapaian gred A dalam mata pelajaran Matematik  yang melebihi 50% setiap tahun membuktikan murid-murid SK Sri Kiambang berpotensi untuk menunjukkan kecemerlangan dalam UPSR.
Dari segi potensi dan keupayaan, sekolah ini mempunyai potensi yang besar untuk berjaya dalam pelaksanaan kebitaraan ini berdasarkan kepakaran sedia ada, komitmen semua pihak yang tinggi serta kesediaan untuk melakukan perubahan di kalangan guru dan semua warga sekolah. Dengan adanya program kebitaraan ini diharapkan akan  dapat membantu dari segi kewangan untuk mengadakan pelbagai program dan membeli pelbagai peralatan sokongan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat meningkatkan pencapaian Matematik dalam UPSR dan sekaligus menjadi sekolah terbaik UPSR negeri Kelantan menjelang 2015.


2.0         LATAR BELAKANG
Matematik merupakan mata pelajaran yang kurang diminati dan dianggap sukar oleh murid-murid terutama di sekolah luar bandar. Walaupun pencapaian dalam mata pelajaran ini agak cemerlang, namun  masih terdapat murid-murid yang lemah dan tidak menguasai kemahiran asas matematik sepenuhnya. Tema ‘Matematik Adalah Kehidupan’ dikenalpasti menjadi pilihan kebitaraan sekolah ini untuk membina pemahaman konsep dan kemahiran asas dalam pengiraan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan seterusnya dapat memudahkan murid- murid menjawab soalan peperiksaan dengan lebih cekap.
Antara kelemahan-kelemahan  yang dikenalpasti  di kalangan murid SK Sri Kiambang ialah :
a.     Tidak menguasai fakta asas matematik
b.       Persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik yang dianggap sukar
c.      Tidak boleh mengaplikasikan ilmu matematik dalam kehidupan
d.       Kekurangan peralatan bantu mengajar
e.    Kekurangan peruntukan kewangan untuk membantu sekolah mengadakan pelbagai aktiviti sokongan.

Diharapkan dengan adanya program yang dirancang ini  , SK Sri Kiambang dapat melahirkan murid yang bijak Matematik dan seterusnya dapat mencapai 100% lulus dalam UPSR..


BIDANG KEBITARAAN : MUZIK DAN KEBUDAYAAN

1.0       RINGKASAN EKSEKUTIF
 
Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang merupakan sekolah luar Bandar yang terdiri daripada 90% muridnya adalah dari golongan anak-anak petani dan penoreh manakala 10% lagi dari kalangan anak-anak kakitangan kerajaan. Berbekalkan modal insan seramai 1 153 orang, Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang menapak seiring dengan sekolah-sekolah yang telah tersohor apabila berjaya melahirkan murid-murid cemerlang dalam bidang akademik khususnya dalam peperiksaan UPSR. Sejajar dengan itu, Penubuhan Muzik dan kebudayaan  diharap dapat membuahkan kecemerlangan yang seiring dengan kecemerlangan dalam bidang akademik. Oleh itu warga sekolah merancang untuk memperkukuhkan bidang muzik dan kebudayaan  sekiranya sumber kewangan mencukupi. Kami warga  sekolah mempunyai keazaman dan kesungguhan untuk mengurus dan mempertingkatkan bidang muzik dan kebudayaan walaupun pengurusan ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Kehebatan dan keunggulan sekolah akan lebih menyerlah sekiranya sesebuah pasukan dalam muzik dan kebudayaan mampu mewakili negeri bagi membuat persembahan serta menyertai pertandingan koir , rekoder enssamble, boria dan sebagainya.Oleh yang demikian, kami melihat ini sebagai satu peluang untuk melonjakkan nama sekolah di persada kebangsaan dan juga antarabangsa. Dengan adanya peruntukan dari Sekolah Kluster Kecemerlangan ini, kami yakin dapat menubuhkan satu bidang muzik dan kebudayaan dan akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa dari segi peralatan dan kemahiran menggunakan peruntukan lain yang sesuai. Dengan mengukuhkan bidang muzik dan kebudayaan ini, akan melahirkan lebih ramai lagi murid yang berbakat untuk menjulang nama Sekolah Kebangsaan  Sri Kiambang ke peringkat lebih tinggi.





2.0       LATAR BELAKANG

 Muzik dan kebudayaan merupakan satu bidang yang menampakkan ketrampilan murid di sekolah ini. Ianya bersesuaian dengan hasrat murni kerajaan untuk mengembangkan potensi individu serta melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,  kreatif dan kritis serta mampu menempuh cabaran di peringkat yang lebih tinggi. SK Sri Kiambang pernah  menyertai pertandingan koir ke peringkat negeri pada tahun 2009 dan 2010. Pertandingan Bintang kecil anjuran AM Bank pada tahun 2013 serta pertandingan pakaian tradisional dan fesyen pada tahun 2012. Murid sekolah ini mempunyai daya kreativiti yang tinggi serta perlu digilap bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi dalam aspek muzik dan kebudayaan. Penglibatan  serta usaha yang berterusan  menunjukkan sekolah ini mampu mencipta nama di persada  antarabangsa dalam pertandingan serta pameran yang dianjurkan pada setiap tahun. Penglibatan murid dalam bidang muzik dan kebudayaan tidak tertakluk kepada pertandingan semata-mata, maka pelbagai aktiviti telah disertai dan dianjurkan oleh pihak sekolah sebelum ini. Termasuklah pertandingan nasyid, koir, bintang kecil, boria, rekoder enssemble, dikir barat, dan seni tari. Melalui aktiviti seperti ini, dapat meningkatkan lagi minat serta berkongsi kemahiran dan ilmu dalam bidang muzik dan kebudayaan melalui program kebitaraan muzik dan kebudayaan. Ini diharapkan murid-murid dapat meningkatkan ilmu serta kemahiran agar mampu berdaya saing dengan sekolah lain yang setarafnya seiring dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Dengan adanya peruntukan yang diperolehi, pihak sekolah akan mendapatkan khidmat jurulatih yang berpengalaman  dari luar , membeli peralatan dan kelengkapan yang sesuai dan mencukupi bagi setiap kumpulan dalam bidang muzik dan kebudayaan.







Saturday, 1 August 2015

AKTIVITI

KEM KECEMERLANGAN MURID GALUS 2015

TEMPAT : PERMAI RESORT BACHOK
TARIKH : 29 DAN 30 JULAI
PESERTA : 96 Pelajar.

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR CEMERLANG

TEMPAT : BUKIT KELUANG BEACH RESORT
TARIKH ; 7 DAN 8 OGOS 2015
PESERTA : 80 PELAJAR.


Semua guru di alu-alukan untuk menyertai Kem ini untuk Kecemerlangan Sk Sri Kiambang....