Saturday, 22 August 2015

PENDIDIKAN ISLAM

PERANCANGAN STRATEGIK
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2015 - 2019

1.  MUKADDIMAH
Rancangan Jangka panjang tahun 2015 adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi serta penghayatan murid-murid beragama islam terhadap penghayatan Pendidikan Islam ketika mereka berada di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Pelbagai program telah dirancang untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid beragama Islam di sekolah ini khususnya bagi meninngkatkan mutu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam KSSR

Pihak sekolah dan PIBG sentiasa membantu dan berganding bahu bersama Panitia Pendidikan Islam dalam memartabatkan mutu Pendidikan Islam di sekolah ini khususnya dalam menjayakan program-program yang telah dirancang.


2.   ANALISA PERSEKITARAN
SK Sri Kiambang terdiri daripada 1148 orang murid berbilang bangsa. 99% adalah merupakan murid berbangsa Melayu beragama Islam dan 1% adalah bukan Melayu iaitu berbangsa siam. Kebanyakkan murid menetap di sekitar kawasan berhampiran sekolah. Namun begitu kebanyakan murid adalah datang daripada keluarga yang berpendapatan dan berpendidikan sederhana dan rendah.


3.   MATLAMAT
Pendidikan Islam Sekolah Rendah merupakan pendidikan awal untuk meneruskan fardu ain berteraskan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam dengan memberi tumpuan untuk melahirkan insan yang seimbang, berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan beramal soleh sebagai hamba Allah yang bertaqwa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.


4.   OBJEKTIF

Selain daripada tanggungjawab dan amanat untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada semua pelajar yang beragama Islam, Panitia Pendidikan Islam juga mempunyai objektif antaranya ialah :

  1. Meningkatkan kemahiran membaca, menghafaz serta memahami dan menghayati pengajaran dari surah-surah tertentu.
  2. Meningkatkan dan mencapai sasaran peratus kelulusan murid seperti yang telah ditetapkan.
  3. Mengenalpasti masalah/ kelemahan dan mengatur strategi berkesan untuk mengatasinya.
  4. Meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran serta penguasaan dari segi pengetahuan dan kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab.
  5. Murid dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian.


5.    VISI SKSK
Menjadikan SK Sri Kiambang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua bidang pendidikan


6.    MISI SKSK
~    Berazam memberi pendidikan yang berkualiti, berinovasi dan berkesan dalam semua aspek.
~    Menyediakan persekitaran yang kondusif, kreatif dan selamat serta sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
~    Mengamalkan pengurusan dan pentadbiran yang telus, mesra dan segera serta berkualiti dengan berkonsepkan pemuafakatan penentu kejayaan.


7.   MOTO SKSK
Komited Menjana Kegemilangan


8.    SLOGAN SKSK
           “SKSK COMMITTED TOWARDS EXCELLENCE”


9.      VISI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM:
Melahiran murid yang :
  • Berilmu pengetahuan
  • Beriman
  • Beramal soleh
  • Berakhlak mulia
  • Bertanggungjawab
  • Berketerampilan
  • Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
  • Memberikan sumbangan positif terhadap kemakmuran masyarakat dan negara.


10.   MISI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
  • Membentuk insan yang berilmu, beriman dan beramal.
  • Mewujudkan hubungan yang rapat antara pelajar, guru dan ibubapa.


11.   MOTO  PANITIA PENDIDIKAN ISLAM:
  • Berilmu
  • Beriman
  • Beramal



12.     JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2015

Penasihat                 :  Tn Hj. Dasuki bin Che Harun
                                                   (Guru Besar)

Pengerusi                 :  En. Azuha bin Abdul Ghani
                                                   (PK Pentadbiran)

Ketua Panitia           :  Pn. Aslamiah Che Din    

Setiausaha               :  Pn. Suhaila Mamat

Ahli jawatankuasa  :        Pn. Rosiah Husin
Pn. Asiah Yahya
En. Abdul Aziz Abd. Rahman
Pn. Wan Ruziah Wan Mahmood
Pn. Roziyani Mat Daud
Pn. Nik Nur Asyikin Nik Yahya
Cik Noor Liyana Abd. Patah
Pn. Normayuzee Mohamad
Pn. Norizan Mat Daud
Cik Zaiton Mat Jenan
Pn. Roslinawani Ibrahim
Pn. Aminah Kamaliah Yusof
En. Azaman Ibrahim
Pn. Hasnah Zakaria
Pn. Wan Esah Wan Ali
 Pn. Kamaliah Mahmood
Pn. Fadzilah Abd. Ghani
 Pn. Siti Kupuan Mat Noor
Pn. Kholijah Ahmad
En. Ahmad Mokhtar



PANDUAN PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KIAMBANG SEKOLAH KLUSTER KECERMELANGAN
PASIR MAS, KELANTAN         

1.  PENGENALAN
              Surau sekolah adalah merupakan suatu lambang syiar Islam di sekolah. Pembinaanya bukan sekadar sebagai tempat untuk melasanakan ibadat solat sama ada secara individu atau berejammah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan di sekolah. Pengurusan musalla yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati  Islam secara syumul dalam kehidupan mereka.


2. KONSEP SURAU SEKOLAH



    2.1 Tempat mengerjakan solat fardhu dan solat sunat sama ada secara berjamaah atau   
          Individu.
    2.2 Tempat melaksanakan amali pendidikan islam seperti cara mengerjakan solat dan       
          sebagainya.
    2.3 Tempat melaksanakan “Tazkiyah Ruhiyyah” – pembersihan jiwa melalui Al-
          Quran, zikrullah, tazkirah  dan lain-lain.

3. OBJEKTIF MENGIMARAKAN SURAU
  
   3.1 Menghidupkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan   
         berkesan .
   3.2 Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik.
   3.3 Memupuk minat dan tabiat  pelajar supaya rajin berada di surau dan
         memunafaatkan masa dengan sebaik-baiknya.
   3.4 Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
   3.5 Membantu pelajar menyelesaikan permasaalah keagamaan dan isu-isu semasa.
   3.5 Menwujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan
         pembinaan insan.


4.RASIONAL
4.1 Mussala adalah syiar dan imej Islam Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian serius
      dan tindakan positif.
4.2 Kurangnya aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
4.3 Pelajar-pelajar kurang berminat  dan tidak suka berada di surau, malah mereka tidak
      memunafaatkan setiap detik masa ketika berada di surau.
4.4 Terdapat surau yang tidak diuruskan dengan efisyen dan sistematik dania kelihatan
       terbiar, lesu dan tidak bermaya.
4.5 Penglibatan warga sekolah terhadap aktiviti surau tidak menyeluruh dan menjurus kea rah
      pemuafakatan.

5.VISI
           

Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat.

6.MISI
           

Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran dan memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi.


7. KATEGORI SURAU
          
7.1 Surau bangunan sendiri (berasingan)
7.2 Surau menggunakan bilik darjah (kelas)

8. KUMPULAN SASARAN

8.1 Pelajar muslim di sekolah
8.2 Pentadbir dan guru-guru muslim
8.3 Kakitangan sokongsn muslim
8.4 persatuan ibubapa dan guru-guru
8.5 Masyarakat setempat.

9. STERATEGI

9.1 Membentuk jawatankuasa pengurusan surau.
9.2 Merancang dan melaksanakan aktiviti surau- harian, mingguan, bulanan, tahunan.
9.3 Menggubal peraturan surau
9.4 Menyediakan senarai semak pengurusan surau
9.5 Menyediakan jadual tugasan
9.6 Menyediakan penilaian dan tindak susul
9.7 Menyediakan laporan / dokumentasi mengenai pengurusan dan pelaksanaan aktiviti
10. AKTIVITI  SURAU
   
Terdapat 6 aktiviti  utama yang boleh dilaksanakan di surau
Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

10.1 Aktiviti Dakwah dan Ibadat
10.2 Aktiviti Tarbiyah dan Nadwah
10.3 Aktiviti Penerbitan dan Mini Perpustakaan
10.4 Aktiviti Kebersihan dan Keceriaan
10.5 Aktiviti Kebajikan dan Peralatan
10.6 Aktiviti Keselamatan dan Disiplin

Kesemua aktiviti tersebut boleh dilaksanakan sama ada secara harian, mingguan,bulanan dan tahunan dan pihak jawatankuasa pengelolaan surau sekolah setelah dimaklumkan kepada pengerusi jawatankuasa induk surau.


AKTIVITI – AKTIVITI  IMARAH SURAU
1.      Solat berjamah
2.      Wirid selepas solat
3.      Galakan mengerjakan sunat Rawatib
4.      Hafazan Zikir/doa/ayat-ayat Al-Quran
5.      Tadarus Al-Quran
6.      Tazkirah/Taalim
7.      Ceramah umum  bulanan
8.      Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam
-          Maal Hijrah
-          Maulidul Rasul
-          Isra’ Mikraj
-          Nisfu Saaban
-          Ihya’ Ramadhan
-          Idul Fitri
9.      Majlis Khatam Al- Quran
10.  Nadwah Kepimpinan Islam
11.  Khemah Ibadah
12.  Majlis berbuka puasa
13.  Majlis Restu Untuk Calon – calon peperiksaan




PENYELARAS
PN.SUHAILA BT MAMAT

J/K KEBAJIKAN & PERALATAN

PN.AMINAH KAMALIAH BT YUSOF
PN. KAMALIAH BT MAHMOOD
PN.FAZILAH BT AB.GHANI
PN. HASNAH BT ZAKARIA

PENGERUSI
TN.HJ DASUKI BIN CHE HARUN


NAIB PENGERUSI
EN. AZUHA BIN ABD GHANI
J/K DAKWAH DAN IBADAH
PN ROSIAH BT HUSAIN
PN. ASIAH BT YAHYA
EN.ABD AZIZ B.ABD RAHMAN
EN.AHMAD B.MOKHTAR


J/K KESELAMATAN DAN DISIPLIN
EN. AZAMAN B.IBRAHIM
PN.HJH SITI KUPUAN BT MAT NOR
PN. SUHAILA BT MAMAT

J/K  KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
PN NORIZAN BT MAT DAUD
CIK ZAITON BT MAT JENAN
PN, ROSLINAWANI BT IBRAHIM
PN KHOLIJAH BT AHMAD









PROGRAM IMARAH SURAU SRI KIAMBANG


















No comments:

Post a Comment